background





Thursday 10 November 2011

aku serah kepada Mu Ya Allah...

aku mohon 
jika dia untukku,
kau rapatkan lah hati kami..
aku mohon
jika dia untukku,
kau rapatkan lah iman kami..
aku mohon
jika dia untukku,
kau redha lah hubungan kami..
aku mohon
jika dia untukku,
kau permudahkan lah urusan kami
untuk saling mendekati 
tnpa melampaui batas syariatmu..
aku mohon
jika dia untukku,
kau bukakan lah hati
kedua org tua ku untuk memberi restu..

tp Ya Allah
jika dia bukan untukku,
kau jauhkan lah perasaan ini 
dari hati tidak bersalahku..
jika dia bukan untukku,
kautabahkan lah hatiku..
jika dia bukan untukku,
kau kuatkan lah hatiku 
untuk doakan yang baik2 untuknya..
jika dia bukan untukku,
kau hentikan lah harapan ini
agar disambut olehnya..
  
aku mohon..
sesungguhnya aku tahu 
engkau telah menentukan lelaki 
yang baik untuk ku.
aku tetap akan menunggu dgn sabar..

aku tak perlu lelaki yang tampan seperti nabi Yusuf
kerana aku tidak secantik siti zulaikha
aku tak layak untuk lelaki sperti nabi Ibrahim
kerana aku tidak setabah siti hajar
aku hanya mampu impikan lelaki seperti nabi Muhammad
kerana aku tak sesempurna siti khadijah...

No comments:

Post a Comment